Aktiviti

Saturday 13 April 2013

Majlis Penyerahan kad PTPTN dalam Program Selangkah Ke Universiti.

 
Tahniah kepada Nur Shuhada Binti Md Saad ( 5 Ert ) dan Siti Fatimah Binti Habib ( 5K1) telah berjaya membuka akaun PTPTN dengan kutipan hasil kutipan kitar semula.
Program ini adalah anjuran bersama PTPTN, Unit 3R Southern Waste Sdn Bhd, Kelab Pencinta Alam SMK Klebang Besar.


Friday 29 March 2013

membuat berus dengan botol air mineral

Dalam aktiviti kelab satu aktiviti membuat berus dengan botol air mineral telah dijalankan oleh semua ahli Kelab Pencinta Alam

Kitar Semula Divider

5 keping blok divider telah dibiarkan lama dan tidak digunakan malah menyakitkan mata bila dilihatnya. Kini, ianya telah disusun dengan baik untuk dijadikan jambatan antara dua bangunan khasnya pada waktu hujan yang selalunya banjir. Thanks girls for helping!!!


Friday 15 March 2013



Ceramah kesedaran alam sekitar yang disertai oleh 4 persatuan iaitu Kelab Pencinta Alam, Kelab Rukun Negara,  Kelab Keselamatan Jalan Raya dan Kelab Pendidikan Khas dengan Tajuk " Sayangi Alam Sekitar " oleh Mdm G Boovenswari, Pensyarah Institut Perguruan Perempuan Melaka.  


Penyurusan semula meja kerusi rosak.



Waktu kokurikulum ( Kelab / Persatuan ) ahli Kelab Pencinta Alam mengalihkan meja dan kerusi yang terbiar ke tempat yang lebih sesuai supaya tidak terbiar. 




Pertandingan Penyumbang Kelas terbanyak dan sudut lestari kelas tercantik

Penyampaian hadiah kepada kelas yang menyumbang kertas recycle terbanyak 3 RK.

Sudut lestari kelas tercantik ialah 3 Anggerik.

Lawatan ke Tanjung Tuan




Seramai 40 orang murid dan 3 orang guru SMK Klebang Besar khasnya ahli Kelab Pencinta Alam telah menyertai Program Pemerhatian Helang Tanjung Tuan 2013 pada 9 Mac 2013. Diharap melalui program ini murid-murid akan lebih menghayati dan menghargai alam sekitar dan memeliharanya secara berkhemah.